Posts

Showing posts from 2016

CARILAH AL-QURAN DAN SOLAT JIKA JIWA KESEMPITAN..

Image
Terlalu lama saya tidak membelek buku-buku karya almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Orang yang membetulkan kehidupan saya daripada hanyut dengan dunia di awal tahun 1992 sewaktu almarhum datang ke daerah Kuala Krai, Kelantan. Kesinambungan itulah membawa saya kepada almarhum pada bibit-bibit pertemuan pengajian tidak secara formal bersama beliau yang saya rindui. Almarhum pernah berkata kepada saya; "Buat kerja dengan iman. Panduan itu pada al-Quran dan hadis. Jangan bawa orang ke lembah maksiat dengan penulisan kita." Dipermudahkan untuk saya hadir di waktu pengebumian almarhum di Pulau Melaka di waktu saya keputusan duit. Tetapi ALLAH SWT itu Maha Kaya. Dialah yang mempermudahkan perjalanan saya menaiki pesawat hingga dapat bertemu al-marhum di muka liang lahad. Besarnya kurniaan ALLAH SWT kepada saya. Hari-hari menulis kadang-kadang saya khilaf dalam perjalanan yang sepatutnya berada di landasan untuk mendapat keberkatan ALLAH SWT yang akan menge

KEMBALI KEPADA NUKILAN DI KERTAS...

Image
Hujung tahun 2016 saya memperlahankan rentak saya di dalam bidang penulisan skrip drama TV bagi pembuka tirai 2017. Kembali kepada asal saya sebagai seorang penulis cerpen untuk beberapa majalah serta akhbar pelbagai genre. Walau bagaimanapun kertas kerja bagi penulisan skrip akan diteruskan oleh co-writer saya apabila ada kelulusan daripada stesen TV atau ada permintaan daripada penerbit drama. Ada beberapa naskah kertas kerja telemovie dan drama telah saya berikan kepada pihak produksi yang biasa bekerja dengan saya. Jiwa saya mudah bekerja dengan orang yang faham serta menghormati apa itu karya asal seorang penulis. Namun saya tidak boleh mendabik dada. Perlu ada jati diri untuk memperbaiki kelemahan sendiri dan terus menuntut sebanyak mana ilmu. Saya tidak pernah merasakan saya ini bagus! Alhamdulillah, ALLAH SWT masih memberikan kudrat untuk saya menulis mungkin bukan dalam medium visual di kaca TV pada 2017. Saya mahu menghabiskan mana-mana yang tertinggal di dal

CERPEN : BAGAIMANA SAYA MULA MENULIS

Image
Saya bukan datang daripada kelompok penulis tegar yang memulakan karier sebagai penulis sejak zaman remaja. Bidang saya waktu itu jauh berbeza biarpun saya berada dalam aliran sastera sewaktu diperingkat seko lah menengah. Saya lebih cenderung kepada bidang nyanyian. Mungkin itu minat saya. Zaman saya menuntut di sekolah rendah, ayahanda saudara saya iaitu Y.M Tengku Suhaimi dan Y.M Tengku Ahmad Fakri gemar membawa saya ke perpustakaan awam di Kota Bharu. Waktu itu lokasi perpustakaan awam Kota Bharu terletak di tapak stesen kereta sewa Kota Bharu, Jalan Doktor iaitu bersebelahan dengan bangunan Tabung Haji. Bermula daripada situlah , saya membesar dengan karya-karya penulis komik hebat Inggeris pada waktu itu kerana kegilaan saya pada buku. Untuk menjadi seorang penulis tentunya a nda perlu ada kriteria sebagai ulat buku. Sehingga kini buku dan bahan-bahan bacaan lain adalah sumber rujukan serta ilmu yang perlu ada sebagai seorang penulis. Jika anda tidak ada minat dal

KENAPA LETAK NAMA ENGKU SERI KELANTAN?

Image
Ramai yang bertanya saya kenapa letak nama ENGKU SERI KELANTAN sebagai nama pena saya dalam bidang penulisan skrip drama TV dan juga penulisan cerpen. Bukan anda sahaja, malah rakan saya seperti Aidit Alfian pernah memberitahu saya nama KHAIROL yang pernah saya gunakan sewaktu saya di dalam industri muzik dahulu begitu kuat dan dikenali oleh rakan-rakan industri. Saya pergi dahulu pada penjelasan tentang nama Engku Seri Kelantan. ENGKU di awalan adalah nama keluarga saya yang digunakan sejak daripada zaman dahulu lagi. Saya berdarah raja yang berasal daripada keturunan kerabat DiRaja Kesultanan Kelantan. Tiada sangkut paut dengan lain-lain keturunan baik daripada Raja Jembal mahupun keturunan lain. Kerana dahulu saya pernah bertanya dengan arwah nenda saya dan beliau menjawab; "Kita daripada keturunan Almarhum Sultan Yahya Petra. Kita berdarah raja dan nama yang diberikan itu bukan di ambil untuk suka-suka. Di peha Tok Ku ada tanda keturunan kita dan tak payah per

SEBENARNYA ITU BAKAT DAN REZEKI SITI NORDIANA.

Image
Duet Siti Nordiana dengan penyanyi baru Khai Bahar menerusi lagu Memori Berkasih di aplikasi Smule ternyata menguntungkan kedua-dua pihak.Jika Khai berjaya mencipta populariti, berbeza dengan juara program Gegar Vaganza 2 ini apabila jumlah pengikutnya di aplikasi itu meningkat daripada 3,000 ke 135,000 dalam tempoh singkat. Tidak kurang ada juga cakap-cakap orang tentang kemampuan vokal Nana hanyalah biasa-biasa sahaja. Ada juga yang menyindir pedas memberitahu suara Nana bagaikan suara yang tak keluar sepenuhnya. Namun inilah yang dikatakan rezeki itu milik Allah dan Nana menggunakan bakatnya yang ada untuk melonjak namanya kembali ke persada seni hiburan dalam keadaan beliau sudah bertudung. “ Saya pun baru lagi mewujudkan akaun Smule iaitu empat bulan lalu. Apabila saya merakam lagu Memori Berkasih sekitar April lalu, tidak sangka ia mendapat sambutan menggalakkan. Namun, apabila Khai Bahar turut menyanyi bersama saya, perkara itu menjadi bualan hangat. Pad

DUNIA SENI ITU UNIVERSAL.

Image

SEKSANYA HATI SEORANG ISTERI BILA INI TERJADI.

Image
"Sampai bila kamu nak bertahan dengan sikap Murat tu Salmah? Dia dah berkahwin lain pun kamu masih duk menunggu dia sorang-sorang kat rumah." Barangkali suara Rokiah itu sampai didengar oleh Murat. Keluarga Salmah tidak mahu lagi mencabar kewarasan Murat sebagai seorang suami. Guru separuh usia, bersikap panas baran yang melampau itu gemar menghayun kelewang kepada sesiapa yang mencabarnya untuk bercerai dengan Salmah. Di sekolah beliau tidak pula menunjukkan sikap jahatnya kepada guru-guru yang lain. Memang banyak yang berlaku dalam kehidupan Salmah sejak bergelar isteri kepada Murat dan mereka dikurniakan lima cahaya mata. Sama-sama dalam bidang perguruan. Perubahan Murat menjadi-jadi sejak mengenali Manisah dan berkahwin pula dengan cikgu berstatus janda. Gedik! "Abang, tolonglah lepaskan Mah , abang. Mah tak sanggup lagi hidup dengan abang. Abang pergi je lah d uduk dengan Nisah tu. Mah izinkan," sengaja Salmah menduga Murat untuk kali yang ke

DAH TUA NANTI KITA ORANG TAUBATLAH! ITU KATA MEREKA!

Image
Tergamam apabila melihat seorang lelaki tua dengan beg kecil ditemani oleh seorang wanita muda seksi membawa beg beroda melalui hadapan kaunter membuatkan tetamu-tetamu hotel yang lain terbeliak mata melihat keseksian wanita tersebut. Bukan calang-calang hotel tau mereka menerjah masuk untuk bermalam sekatil. Semuanya berbayar! Mewah hidup mereka setaraf gaji pak menteri. Saya terdengar perbualan wanita Melayu tersebut dan telinga saya bagaikan radar mencari ayat-ayat 'power' perbualan wanita itu. "Terima kasih ya sayang. Semua bil dan bayaran Encik Jamal dah selesaikan. I dah buat kerja i dan kalau ada masa jangan lupa call i ya. Jangan habis di sini je," Si tua gayut berkepok duit di dalam beg tangan yang terkepit di celah ketiaknya tersenyum. Mukanya kelihatan pucat lesi bagaikan tiada lagi darah dan air yang mengalir di dalam pembuluh darah. Lutut pun longgar rasanya. Senyum sampai ke telinga kerana wanita seksi itu bukan calang-calang orang.

Cerita: MENANTU MAK SENAH (18 SX)

Image
Lelaki tua itu sejak tadi lagi tidak berhenti meneguk air yang berada di dalam cawan. Dilihat leka dan khayal dengan imaginasi apabila melihat susuk tubuh bekas isterinya yang duduk di hadapannya. Hatinya berbolak-balik. Mahu menerima atau tidak isterinya yang hilang gelaran datin buat selama-lamanya. Sakinah menggosok pehanya dengan lurah belahan dadanya bagaikan mahu melonjak keluar. Kelopak mata bekas suaminya bagaikan ditahan sebatang mancis daripada matanya berkelip. Rugi. Mungkin itu sahaja peluang percuma yang beliau ada .  "Cukup-cukuplah abang. Kinah tak mahu dah rujuk kembali dengan abang. Kinah lebih rela hidup macam ni daripada terseksa batin duduk di rumah besar abang tu," Sakinah mematikan pujukan dan renungan bekas suaminya. Dato' Kamal serba salah. Duduknya tidak menentu. "Lepas tu Kinah nak nikah juga ke dengan budak muda tu?" soal Dato' Kamal dengan kasar. "Ya lah abang. Kinah lebih rela makan ikan keri

SALAH SATU PUNCA RETAKNYA RUMAHTANGGA

Image
Berat untuk saya menukilan cerita dan juga menterjemahkan apa yang berlaku dalam kehidupan manusia pada akhir zaman yang meletakkan nafsu serta kebendaan sebagai kesinambungan hidup sebelum menemui mati. Penceraian yang berlaku di dalam institutsi kekeluargaan pada masa kini banyak berpunca daripada dua faktor yang mendorong rasa ketidakpuasan hati pasangan masing-masing. SEKS DAN DUIT! Kalau zaman dahulu di era tahun 80-an, syarikat penerbitan ada menerbitkan novel ' PANAS ' untuk bacaan golongan dewasa dan saya tidak terlepas pernah membaca salah satu naskah novel sebegitu. Kali ini hanya di blog saya akan menceritakan kisah masyarakat yang mengandungi unsur 18 SX yang tidak keterlaluan bagi pencerahan jalan cerita dan juga menerapkan isu sebenar yang tidak perlu ada halangan untuk kita bercerita. Asalkan TIDAK MELANGGAR BATAS-BATAS PERADABAN dan TIDAK MELUCAH . Ia tidak boleh diterbitkan di khalayak umum sebagai bahan bercetak. Proses dan keadaan masalah serta kere

ANDA INGIN MENGENALI SAYA LEBIH DEKAT KAN?

Image
Nama penuh saya ialah Y.M ENGKU KHAIROLIZAM BIN ENGKU AZMAN atau lebih senang dipanggil dengan nama Engku, Abe Ku, Pok Ku dan lain-lain panggilan yang sesuai. Namun dalam kalangan kaum keluarga saya, panggilan nama Khairol itu sudah menjadi sebuah nama yang indah untuk saya . Begitu juga sewaktu saya di dalam industri muzik tanahair, ramai rakan-rakan industri lebih selesa memanggil saya dengan nama Khairol sahaja. Bonda saya ber nama NORAINI BINI SALLEH dan bonda bera sal dari Batang Kal i, Hulu Selangor . Kata bonda saya, beliau berasal daripada keturunan Bugis. Keturunan Bugis boleh tahan panas barannya. Tetapi bonda saya seorang yang baik hati, ringan tulang dan peramah . K ini beliau menetap di Kuala Kubu Baharu, Selangor Darul Ehsan bersama adik beradik bonda yang lain . Ayahanda dan bonda sudah lama berpisah iaitu sejak saya masih kecil lagi. Ayahanda saya bernama Y.M ENGKU AZMAN BIN TUAN ISMAIL adalah s eorang p esara KTM Berhad yang mengakhiri tugas b