SALAH SATU PUNCA RETAKNYA RUMAHTANGGA

Berat untuk saya menukilan cerita dan juga menterjemahkan apa yang berlaku dalam kehidupan manusia pada akhir zaman yang meletakkan nafsu serta kebendaan sebagai kesinambungan hidup sebelum menemui mati. Penceraian yang berlaku di dalam institutsi kekeluargaan pada masa kini banyak berpunca daripada dua faktor yang mendorong rasa ketidakpuasan hati pasangan masing-masing. SEKS DAN DUIT!

Kalau zaman dahulu di era tahun 80-an, syarikat penerbitan ada menerbitkan novel 'PANAS' untuk bacaan golongan dewasa dan saya tidak terlepas pernah membaca salah satu naskah novel sebegitu. Kali ini hanya di blog saya akan menceritakan kisah masyarakat yang mengandungi unsur 18 SX yang tidak keterlaluan bagi pencerahan jalan cerita dan juga menerapkan isu sebenar yang tidak perlu ada halangan untuk kita bercerita. Asalkan TIDAK MELANGGAR BATAS-BATAS PERADABAN dan TIDAK MELUCAH. Ia tidak boleh diterbitkan di khalayak umum sebagai bahan bercetak.


Proses dan keadaan masalah serta keretakkan rumahtangga turut berlaku pada diri saya sendiri, keluarga ibubapa saya, saudara mara baik yang jauh mahupun yang dekat, sahabat handai dan rakan-rakan yang tidak lokek mencurahkan cerita serta pahit manis mereka mengharungi gelora dalam kehidupan berumahtangga.  Kita akan pergi sedikit demi sedikit dalam cerita pendek yang berlaku tentang masalah rumahtangga yang berpunca daripada asas yang saya sebut tadi iaitu SEX dan FINANCE.


Comments

Popular posts from this blog

Cerita: MENANTU MAK SENAH (18 SX)

PERISTIWA SERAM DI JALAN KUALA KRAI-GUA MUSANG

KENAPA LETAK NAMA ENGKU SERI KELANTAN?