KEMBALI KEPADA NUKILAN DI KERTAS...
Hujung tahun 2016 saya memperlahankan rentak saya di dalam bidang penulisan skrip drama TV bagi pembuka tirai 2017. Kembali kepada asal saya sebagai seorang penulis cerpen untuk beberapa majalah serta akhbar pelbagai genre. Walau bagaimanapun kertas kerja bagi penulisan skrip akan diteruskan oleh co-writer saya apabila ada kelulusan daripada stesen TV atau ada permintaan daripada penerbit drama.
Ada beberapa naskah kertas kerja telemovie dan drama telah saya berikan kepada pihak produksi yang biasa bekerja dengan saya. Jiwa saya mudah bekerja dengan orang yang faham serta menghormati apa itu karya asal seorang penulis. Namun saya tidak boleh mendabik dada. Perlu ada jati diri untuk memperbaiki kelemahan sendiri dan terus menuntut sebanyak mana ilmu. Saya tidak pernah merasakan saya ini bagus!
Alhamdulillah, ALLAH SWT masih memberikan kudrat untuk saya menulis mungkin bukan dalam medium visual di kaca TV pada 2017. Saya mahu menghabiskan mana-mana yang tertinggal di dalam manuskrip kumpulan cerpen serta novel saya Insha ALLAH.
Ketiga-tiga cerpen ini adalah PEMBUKA TIRAI untuk perjalanan saya seterusnya yang TIDAK AKAN MATI UNTUK TERUS BERKARYA. Kena selalu cari pembaharuan dan jangan TIKAM ORANG! Rezeki itu jika tidak sampai ke tangan, seharusnya redha dan jika rezeki orang TIDAK PERLU CEMBURU kerana ALLAH SWT ada di dalam hati kita.
Comments
Post a Comment