Cerita: MENANTU MAK SENAH (18 SX)

Lelaki tua itu sejak tadi lagi tidak berhenti meneguk air yang berada di dalam cawan. Dilihat leka dan khayal dengan imaginasi apabila melihat susuk tubuh bekas isterinya yang duduk di hadapannya. Hatinya berbolak-balik. Mahu menerima atau tidak isterinya yang hilang gelaran datin buat selama-lamanya.


Sakinah menggosok pehanya dengan lurah belahan dadanya bagaikan mahu melonjak keluar. Kelopak mata bekas suaminya bagaikan ditahan sebatang mancis daripada matanya berkelip. Rugi. Mungkin itu sahaja peluang percuma yang beliau ada.


 "Cukup-cukuplah abang. Kinah tak mahu dah rujuk kembali dengan abang. Kinah lebih rela hidup macam ni daripada terseksa batin duduk di rumah besar abang tu," Sakinah mematikan pujukan dan renungan bekas suaminya.


Dato' Kamal serba salah. Duduknya tidak menentu.


"Lepas tu Kinah nak nikah juga ke dengan budak muda tu?" soal Dato' Kamal dengan kasar.


"Ya lah abang. Kinah lebih rela makan ikan kering hari-hari abang, asalkan budak muda tu mampu bagi apa yang Kinah nak selama ni. Abang tahukan Kinah bagaimana."


Dato' Kamal mengeluh, cuba tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mahu beliau melunaskan gelora yang berkecamuk di dalam jiwanya pada waktu itu. Sakinah terlalu hebat di ranjang biarpun usianya sudah menjangkau ke angka lima puluh. Setiap inci tubuh Sakinah berlegar-legar di mata dan hati Dato' Kamal. Lidahnya mula menjilat lantai bibir. Sakinah mula rasa tidak selesa dan bingkas bangun.


Sakinah bersuara tenang, "Tak elok abang duduk lama-lama atas rumah Kinah ni. Kita dah berceraikan. Tak elok kalau orang kampung tengok nanti. Lagipun memang mak abang nak sangat abang ceraikan Kinahkan,"


Bulat mata Dato' Kamal memandang Sakinah. Waktu untuk merayu sudah hampir tamat. Waktu untuk mencabar kelakian dan keinginan nafsu syahwat yang tidak sampai lima minit masih ada jika mahu. Dato' Kamal mengesat air liur di bibir mulutnya dan bingkas bangun melihat Sakinah berjalan ke arah muka pintu.


Serasa hampa. Serasa malu. Dato' Kamal mendengus panjang. Gontai melangkah. Berangan untuk kembali bersama hancur. Hancur!


Sakinah ketawa lemak seakan menyindir, "Berapa banyak duit yang abang ada tu, tak mungkin dapat membahagiakan seorang perempuan yang bergelar seorang isteri, bang. Perempuan kalau tak dapat, boleh buat sakit kepala tau. Abang carilah wanita lain ya."





 

Comments

Popular posts from this blog

PERISTIWA SERAM DI JALAN KUALA KRAI-GUA MUSANG

KENAPA LETAK NAMA ENGKU SERI KELANTAN?