SEKSANYA HATI SEORANG ISTERI BILA INI TERJADI.
"Sampai bila kamu nak bertahan dengan sikap Murat tu Salmah? Dia dah berkahwin lain pun kamu masih duk menunggu dia sorang-sorang kat rumah."
Barangkali suara Rokiah itu sampai didengar oleh Murat. Keluarga Salmah tidak mahu lagi mencabar kewarasan Murat sebagai seorang suami. Guru separuh usia, bersikap panas baran yang melampau itu gemar menghayun kelewang kepada sesiapa yang mencabarnya untuk bercerai dengan Salmah. Di sekolah beliau tidak pula menunjukkan sikap jahatnya kepada guru-guru yang lain.
Memang banyak yang berlaku dalam kehidupan Salmah sejak bergelar isteri kepada Murat dan mereka dikurniakan lima cahaya mata. Sama-sama dalam bidang perguruan. Perubahan Murat menjadi-jadi sejak mengenali Manisah dan berkahwin pula dengan cikgu berstatus janda. Gedik!
"Abang, tolonglah lepaskan Mah, abang. Mah tak sanggup lagi hidup dengan abang. Abang pergi je lah duduk dengan Nisah tu. Mah izinkan," sengaja Salmah menduga Murat untuk kali yang ke seratus.
" Argh, abang tak dengarlah hal-hal macam ni. Abang balik rumah ni nak berehat. Bukan nak dengar Mah membebel. Hmm, hari ni Mah sihat tak?"
Mual pula rasanya tengkuk Salmah hari ini. Hari-hari yang lain Salmah mempertahankan dirinya daripada ditiduri oleh suami yang panas baran. Ada agenda lain yang tersemat di hati Murat jika berjaya meniduri Salmah. Tidak mungkin berlaku dalam keadaan sebegini rupa. Salmah tidak mahu mengandung lagi. Salmah tidak mahu tubuhnya dijilat Murat lagi.
"Mah period abang."
Nafas Murat kencang dan bingkas bangun seraya mengeluh panjang. "Kalau begitu, abang keluar dululah kejap."
Tiada istilah sekejap dalam kamus hidup Salmah apabila jawaban datang bulan dipersembahkan kepada suami yang tidak pernah menjaga perasaan hati seorang isteri yang sudah tertunduk. Entah mengapa Salmah tidak bersuara lantang di hadapan Murat. Entah mengapa Salmah tidak mengadukan masalah rumahtangganya di pejabat agama. Entah mengapa berat mulutnya untuk meluahkan apa yang terbuku kepada rakan sekerjanya Ustazah Normadiah. Mengapa?
Ustaz Lah menggenggam tanah yang di ambilnya di beberapa penjuru di halaman rumah Salmah. "Ada orang tanam sesuatu dalam kawasan ni, Kiah. Ini barang Siam. Kuat juga ni. Subahanallah."
Salmah masih menahan nafas, terketar-ketar dan ombak di dada semakin bergelora. Amarah dengan kejahatan Murat yang sudah beliau ketahui. Terkejut dengan kenyataan Ustaz Lah. Kalau tidak kerana ibunya yang membawa Ustaz Lah ke rumah, sudah pasti Salmah menjadi isteri yang paling dungu. Tidak tahu perbuatan sebenar Murat ke atas dirinya. Tapi untuk apa Murat lakukan semua ini?
Diam sejeda.
Abdul Murat bin Salleh, anak lelaki yang tidak boleh diharap dan yang sulung di dalam keluarganya. Berasal dari Bachok, Kelantan. Mempunyai kelulusan daripada Universiti Malaya yang membawa dirinya ke salah sebuah sekolah di daerah Bachok. Salmah adalah isteri keempat yang beliau kahwini selepas isteri-isteri yang sebelum ini menerima nasib yang sama. Murat boros. Seorang guru yang sering melintasi sempadan Thailand untuk melunaskan tuntutan nafsu syahwatnya yang tidak akan pernah bertaubat sampai mati.
Salmah memandang ibunya tanpa berkelip.
"Mak, apa yang Mah mampu buat sekarang ni mak? Mah dah tak berdaya lagi nak lalui semua ni,"

Comments
Post a Comment