DAH TUA NANTI KITA ORANG TAUBATLAH! ITU KATA MEREKA!

Tergamam apabila melihat seorang lelaki tua dengan beg kecil ditemani oleh seorang wanita muda seksi membawa beg beroda melalui hadapan kaunter membuatkan tetamu-tetamu hotel yang lain terbeliak mata melihat keseksian wanita tersebut.


Bukan calang-calang hotel tau mereka menerjah masuk untuk bermalam sekatil. Semuanya berbayar! Mewah hidup mereka setaraf gaji pak menteri. Saya terdengar perbualan wanita Melayu tersebut dan telinga saya bagaikan radar mencari ayat-ayat 'power' perbualan wanita itu.


"Terima kasih ya sayang. Semua bil dan bayaran Encik Jamal dah selesaikan. I dah buat kerja i dan kalau ada masa jangan lupa call i ya. Jangan habis di sini je,"


Si tua gayut berkepok duit di dalam beg tangan yang terkepit di celah ketiaknya tersenyum. Mukanya kelihatan pucat lesi bagaikan tiada lagi darah dan air yang mengalir di dalam pembuluh darah. Lutut pun longgar rasanya. Senyum sampai ke telinga kerana wanita seksi itu bukan calang-calang orang. Gred A tau! Wajah persis artis popular dan ketinggian macam model. 


Kedua-duanya Melayu. Soal dosa dan pahala bukan lagi persoalan yang utama. Tiada rasa takut kepada Allah asalkan duit ribu-ribu Ringgit Malaysia mampu menyelesaikan sewa kondominium, bayaran kereta secara bulanan, duit ibubapa di kampung, pakaian, makanan dan macam-macam hal yang bersangkut rapat pada hal duit.


Ada juga mereka yang seperti menghalalkan perbuatan. Menghalalkan itu bermaksud menyedapkan rasa hati supaya dosa yang dilakukan dapat diterima Allah apabila tiba hari tuanya kelak. Semua ini dilakukan kerana tekanan hidup, pengaruh kawan-kawan dan jalan mudah untuk menjadi orang senang.


Wanita Melayu yang menceburkan diri di dalam bidang ini mengulangi manifesto perjuangan mereka yang dihalalkan sendiri sebagai satu semangat perjuangan hidup;


"Aku peduli apa dengan kata orang. Dia orang nak bagi aku dengan anak-anak aku makan ke? Mereka kat luar sana tu tahu ke kesusahan aku. Aku pun nak hidup juga. Kubur masing-masing. Kau orang jangan nak menyibuklah weiii..!! Tahulah aku nak bertaubat. Bila tua nanti aku taubatlah."


Itu kata mereka. Bayangkan kalau mereka mati di atas perut seorang lelaki yang bukan mahram. Bayangkan kalau mereka itu mati dengan kemaluan lelaki bukan mahram masih tersumbat di kemaluan mereka. Nauzubillah.

Inilah norma-norma erti kehidupan yang semakin hari semakin mencabar sehingga ada wanita Melayu yang memilih profesion MALAYSIAN SOCIAL ESCORT!





Comments

Popular posts from this blog

Cerita: MENANTU MAK SENAH (18 SX)

PERISTIWA SERAM DI JALAN KUALA KRAI-GUA MUSANG

KENAPA LETAK NAMA ENGKU SERI KELANTAN?