CERPEN : BAGAIMANA SAYA MULA MENULIS
Saya bukan datang daripada kelompok penulis tegar yang memulakan karier sebagai penulis sejak zaman remaja. Bidang saya waktu itu jauh berbeza biarpun saya berada dalam aliran sastera sewaktu diperingkat sekolah menengah. Saya lebih cenderung kepada bidang nyanyian. Mungkin itu minat saya.
Zaman saya menuntut di sekolah rendah, ayahanda saudara saya iaitu Y.M Tengku Suhaimi dan Y.M Tengku Ahmad Fakri gemar membawa saya ke perpustakaan awam di Kota Bharu. Waktu itu lokasi perpustakaan awam Kota Bharu terletak di tapak stesen kereta sewa Kota Bharu, Jalan Doktor iaitu bersebelahan dengan bangunan Tabung Haji. Bermula daripada situlah, saya membesar dengan karya-karya penulis komik hebat Inggeris pada waktu itu kerana kegilaan saya pada buku. Untuk menjadi seorang penulis tentunya anda perlu ada kriteria sebagai ulat buku.
Sehingga kini buku dan bahan-bahan bacaan lain adalah sumber rujukan serta ilmu yang perlu ada sebagai seorang penulis. Jika anda tidak ada minat dalam membaca atau membuat rujukan mahupun kajian pastinya anda berdepan dengan idea yang tumpul dan tidak bermaya mengumpul kekuatan dalam menghasilkan sesuatu karya. Setiap apa yang saya tulis dalam bidang penulisan cerpen perlu ada teknik yang baik supaya dilihat bagus pada mata penyunting di pihak penerbitan. Malah anda perlu ada lebih banyak buku sebagai panduan dan rujukan untuk melihat bagaimana sesuatu cerpen atau novel itu terhasil.

Selepas minat membaca, saya mempunyai satu tabiat yang suka mencatat apa jua yang saya nampak dan apa jua yang saya dapat di luar sana di atas sebuah buku nota yang saya bawa samada di dalam beg mahupun di dalam kereta. Konsep ini sama sahaja bagi pengkarya lain dalam bidang seni. Sesuatu yang ALLAH berikan yang dikenali sebagai idea itu datang hanya sekali lalu sahaja. Saya mempratikkannya sewaktu saya bernaung di bawah BMG Music Publishing sebagai seorang 'Residen Composer'. Kalau bidang muzik, tubuh saya tidak lekang dengan 'Walkman Recorder'. Saya akan rakam apa jua melodi yang saya terima di masukkan ke dalam kaset. Caranya sama sahaja dalam bidang penulisan. Ke mana-mana sahaja kita pergi kalau boleh bawahlah buku kecil untuk catatan anda.
Menjadi seorang penulis perlu ada minat dan kesungguhan di dalam diri anda. Bakat itu datang daripada ALLAH SWT dan keinginan itu datang daripada terbit hati anda sendiri. Saya berminat di dalam bidang penulisan dan saya mencatat apa yang saya tulis daripada apa yang berlaku terutamanya daripada:

- PENGALAMAN HIDUP ANDA
- CERITA ORANG LAIN
- BACAAN ILMIAH
- TONTONAN KEHIDUPAN MANUSIA
- TONTONAN FILEM
- REALITI KEHIDUPAN BAIK DALAM ASPEK SOSIAL MAHUPUN POLITIK
Comments
Post a Comment