SEBAGAI INGATAN JANGAN TIDUR ATAU BERBARING MENIARAP
Ramai yang masih memandang remeh dalam soal berbaring atau tidur meniarap khususnya kaum Hawa yakni orang perempuan sekarang. Bila ditegur tak nak dengar. Buat pekak telinga je kan.
Sebagai peringatan buat diri saya serta keluarga dan teguran buat semua secara umumnya. Apa yang ustaz-ustaz duduk tegur itu ada kebenarannya. Saya sendiri pernah melihat seorang jemaah masjid ditegur secara baik apabila imam sendiri melihat jemaah tersebut terbaring secara meniarap di satu sudut lain di dalam masjid. Subahanallah.
Kalau di zaman baginda Rasulullah SAW memang jemaah tersebut akan digerakkan dengan kuisan kaki SAW. Subahanallah. Ini memang terdapat dalam hadis baginda Rasulullah SAW mengenai larangan untuk tidur secara meniarap. Sepertimana riwayat daripada Ya'ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari R.A bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan menggunakan kaki lalu berkata:
Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang
dimurkai Allah. Kemudian Tikfah RA berkata:
"Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku)
adalah Rasulullah SAW.
Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam
Adab al-Mufrad (1187)
Dalam hadis yang lain juga Rasulullah SAW ada bersabda:
Maksudnya: Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah
cara tidurnya penghuni neraka
Riwayat Ibn Majah (3725)
Keharusan baginda Rasulullah SAW mengejutkan mereka yang tidur dengan menggunakan kaki berdasarkan hadis di atas, antara faedah yang boleh di ambil daripadanya adalah keharusan seseorang membangunkan orang lain yang sedang tidur dengan menggunakan kaki. Perbuatan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis tersebut juga menjadi dalil akan keharusannya bahkan Nabi SAW adalah manusia yang paling tawadhu' dan perbuatan tersebut tidaklah dikira sebagai takabur.
Al-Khattib al- Syarbini Rahimahullah juga menyebut bahawa sunat juga mengejutkan mereka yang tidur dalam keadaan meniarap. Sebaiknya adalah baik jika tidur dalam keadaan pada lambung kanan (mengiring ke kanan) bersertakan dengan wudhu yang di ambil sebelum tidur.
Wallahu 'alam
Comments
Post a Comment