FATTAH AMIN BERJAYA BUKTIKAN KEMAMPUAN DARIPADA SEORANG PELAKON KAYU

Pelakon yang pernah menerima kritikan pedas daripada saya seketika dahulu di laman sosial khususnya di Facebook saya akhirnya berjaya memperbaiki sedikit kelemahan di dalam kualiti lakonannya sebelum ini menerusi drama episod PLAYBOY ITU SUAMI AKU. Tidak dinafikan pihak pengurusan produksi Temenggong Pictures Sdn. Bhd menghubungi saya menerusi laman Facebook mengecam tindakan saya memuat naik komentar yang mengkritik Fattah Amin yang pada waktu itu menjadi pelakon utama di dalam drama tersebut.

Bermula daripada situlah, muncul beberapa komentar daripada rakan-rakan Facebook sehinggalah rakan-rakan media yang turut mengkritik hebat lakonan kayu, poyo dan tidak bersungguh-sungguh Fattah Amin ketika memegang watak utama sebagai seorang suami PLAYBOY.


Saya tidak gentar memberikan kritikan dan komentar yang pedas apabila saya melihat sendiri karakter di dalam drama tersebut yang tidak sampai kualiti sebagai watak seorang suami yang playboy. Pihak pengurusan Temenggong Pictures terus menerus meminta agar saya tidak terus menerus mengkritik Fattah Amin yang masih berlakon di dalam drama tersebut. Tugas saya sebagai seorang penulis pelbagai genre malah juga sebagai seorang pengkritik yang pernah mengkritik anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu seketika dahulu tetap merasakan sebagai satu tanggungjawab saya untuk melihat beliau berjaya suatu hari nanti.

Kejayaan beliau di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH 30) baru-baru ini sebenarnya belum lagi mampu mengukur kehebatan beliau di dalam lakonan kerana anugerah berprestij tersebut masih dikuasai oleh pemilihan penonton serta peminat-peminat beliau.

Memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan dua kategori atas talian masih belum mencapai tahap diri beliau sebagai seorang pelakon yang versetaile. Semuanya adalah atas pilihan berdasarkan undian atas talian. Biarpun ucapan beliau pada bait-bait akhir ayat menyelar pengkritik-pengkritik yang pernah mengatakan beliau pelakon kayu termasuk diri saya sedikit sebanyak mengguris hati kerana pandangan saya Fattah Amin seorang yang berbakat dan seharusnya beliau meneruskan usaha beliau sehingga berjaya di peringkat antarabangsa sebagaimana yang dikecapi oleh Shaheizy Sam melalui filem-filem layar yang pernah ditayangkan di peringkat antarabangsa. Apatah lagi bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat Indonesia.


Jangan terus hanyut dengan populariti kerana Fattah Amin belum berada di pentas layar besar yang lebih mencabar dan memerlukan perubahan yang cukup besar jika ingin pergi lebih jauh dikenali di rantau Asia Tenggara malah di peringkat antarabangsa. Ada rakan-rakan dalam industri turut bersependapat dengan saya, Fattah Amin sebenarnya belum capai KPI yang terbaik di dalam mutu lakonan malah tidak semua pengarah yang berpuas hati dengan lakonan beliau.

Saranan saya buat Fattah Amin agar tidak terus leka dengan populariti yang dicapai menerusi Anugerah Bintang Popular. Perjalanan kamu masih jauh dikk... Kesempatan inilah yang perlu digapai apabila peminat-peminat sudah ada pastinya memberikan semangat buat Fattah Amin lebih menyerlah hingga ke peringkat layar perak di suatu hari nanti. Insha ALLAH.

Jika kamu leka dik, bermakna sebenarnya kamu syok-syok sendiri dengan populariti yang sebenarnya membunuh jika leka. Peminat-peminat serta masyarakat Malaysia yang menonton drama lakonan Fattah Amin sebenarnya mahu lebih yang terbaik daripada Fattah Amin. Jadi lakukan yang terbaik supaya nama Fattah Amin EVERGREEN sebaris nama dengan Dato' Rosyam Nor. Insha ALLAH

 

Comments

Popular posts from this blog

Cerita: MENANTU MAK SENAH (18 SX)

PERISTIWA SERAM DI JALAN KUALA KRAI-GUA MUSANG

KENAPA LETAK NAMA ENGKU SERI KELANTAN?