KERTAS PEMBENTANGAN MESYUARAT PRODUKSI DRAMA RANTAIAN HOLA HERMOSA




Alhamdulillah syukur ke atas hadrat ALLAH SWT yang akhirnya selesai sudah pembentangan script treatment daripada saya dalam mesyuarat penerbitan dengan pihak RTM bersama syarikat penerbitan iaitu SMART GLOBAL MEDIA SDN.BHD pada 24 Mei 2016.

Drama HOLA HERMOSA adalah sebanyak 26 episod akan di arahkan oleh pengarah terkenal iaitu Murali Krishnan Munian yang sebelum ini banyak mengarah majalah komersial yang mempunyai pengamatan yang cukup baik daripada aspek sinematografi.

HOLA HERMOSA yang bermaksud HAI GADIS CANTIK akan menjalani penggambaran di sekitar Mexico City dan juga sebuah pantai peranginan yang cukup popular di Amerika Latin bakal menjadi latar penggambaran yang cukup menarik disamping 70% lagi baki penggambarannya akan dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.

Pihak RTM berpuas hati dengan pembentangan kandungan cerita tersebut dan ini juga adalah satu tanggungjawab yang cukup besar bagi saya selepas drama GONDOLA CINTA DI VENICE dan juga drama ISTERI SEPARUH MASA disambung oleh penulis skrip yang lain. Kali ini saya akan menggunakan sepenuh masa saya untuk drama HOLA HERMOSA. Insha ALLAH untuk dialog wanita saya akan berkolabrasi dengan penulis-penulis novel yang sudah ada dalam pengamatan saya.

Pelakon-pelakon yang akan memegang watak dalam drama ini cukup hebat dan semoga drama HOLA HERMOSA yang bakal ditayangkan di RTM TV1 pada tahun hadapan memberikan IMPAK YANG CUKUP baik kepada penonton terutama di kalangan remaja, wanita dan seluruh rakyat Malaysia.

Doakan yang terbaik untuk karya ini yang menceritakan perjalanan CINTA TIGA SAHABAT dan yang menariknya mood serta storyline di dalam HOLA HERMOSA amat berbeza dengan drama-drama romantis lain yang pernah tersiar di kaca TV.

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YB MENTERI, TIMBALAN MENTERI, KSU DI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA, SELURUH WARGA KERJA RTM, SMART GLOBAL MEDIA SDN.BHD DAN JUGA RAKAN-RAKAN.

 

 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerita: MENANTU MAK SENAH (18 SX)

PERISTIWA SERAM DI JALAN KUALA KRAI-GUA MUSANG

KENAPA LETAK NAMA ENGKU SERI KELANTAN?