FATTAH AMIN BERJAYA BUKTIKAN KEMAMPUAN DARIPADA SEORANG PELAKON KAYU
Pelakon yang pernah menerima kritikan pedas daripada saya seketika dahulu di laman sosial khususnya di Facebook saya akhirnya berjaya memperbaiki sedikit kelemahan di dalam kualiti lakonannya sebelum ini menerusi drama episod PLAYBOY ITU SUAMI AKU. Tidak dinafikan pihak pengurusan produksi Temenggong Pictures Sdn. Bhd menghubungi saya menerusi laman Facebook mengecam tindakan saya memuat naik komentar yang mengkritik Fattah Amin yang pada waktu itu menjadi pelakon utama di dalam drama tersebut. Bermula daripada situlah, muncul beberapa komentar daripada rakan-rakan Facebook sehinggalah rakan-rakan media yang turut mengkritik hebat lakonan kayu, poyo dan tidak bersungguh-sungguh Fattah Amin ketika memegang watak utama sebagai seorang suami PLAYBOY. Saya tidak gentar memberikan kritikan dan komentar yang pedas apabila saya melihat sendiri karakter di dalam drama tersebut yang tidak sampai kualiti sebagai watak seorang suami yang playboy. Pihak pengurusan Temenggong Picture