Jalan Kuala Krai - Gua Musang adalah laluan 'favourite' saya apabila pulang ke kampung halaman saya yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. Sewaktu saya menetap di Kuala Lumpur di antara tahun 1993 - 2015 sememangnya saya gemar membuat perjalanan pulang ke Kelantan pada waktu disebelah siangnya. Bermakna saya keluar seawal pagi dari kediaman saya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur membelah banjaran Titiwangsa menuju ke kampung halaman tercinta. Kembali semula pada kisah seram yang ingin saya kongsikan di sini ialah tentang hantu pontianak yang mengganggu saya serta keluarga sewaktu pulang ke Kuala Lumpur selepas cuti tahunan saya tamat. Entah bagaimana saya mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur pada jam 11:30 malam dari bandar Kota Bahru mengambil laluan Kota Bharu - Kuala Krai dan seterusnya menuju ke Gua Musang. Sewaktu itu saya memandu kereta Proton Waja dan keadaan waktu sekitar itu masih terang benderang tanpa ada gangguan cuaca baik kabus mahupun
Comments
Post a Comment