Posts

FATTAH AMIN BERJAYA BUKTIKAN KEMAMPUAN DARIPADA SEORANG PELAKON KAYU

Image
Pelakon yang pernah menerima kritikan pedas daripada saya seketika dahulu di laman sosial khususnya di Facebook saya akhirnya berjaya memperbaiki sedikit kelemahan di dalam kualiti lakonannya sebelum ini menerusi drama episod PLAYBOY ITU SUAMI AKU. Tidak dinafikan pihak pengurusan produksi Temenggong Pictures Sdn. Bhd menghubungi saya menerusi laman Facebook mengecam tindakan saya memuat naik komentar yang mengkritik Fattah Amin yang pada waktu itu menjadi pelakon utama di dalam drama tersebut. Bermula daripada situlah, muncul beberapa komentar daripada rakan-rakan Facebook sehinggalah rakan-rakan media yang turut mengkritik hebat lakonan kayu, poyo dan tidak bersungguh-sungguh Fattah Amin ketika memegang watak utama sebagai seorang suami PLAYBOY. Saya tidak gentar memberikan kritikan dan komentar yang pedas apabila saya melihat sendiri karakter di dalam drama tersebut yang tidak sampai kualiti sebagai watak seorang suami yang playboy. Pihak pengurusan Temenggong Picture

SEBAGAI INGATAN JANGAN TIDUR ATAU BERBARING MENIARAP

Image
Ramai yang masih memandang remeh dalam soal berbaring atau tidur meniarap khususnya kaum Hawa yakni orang perempuan sekarang. Bila ditegur tak nak dengar. Buat pekak telinga je kan. Sebagai peringatan buat diri saya serta keluarga dan teguran buat semua secara umumnya. Apa yang ustaz-ustaz duduk tegur itu ada kebenarannya. Saya sendiri pernah melihat seorang jemaah masjid ditegur secara baik apabila imam sendiri melihat jemaah tersebut terbaring secara meniarap di satu sudut lain di dalam masjid. Subahanallah. Kalau di zaman baginda Rasulullah SAW memang jemaah tersebut akan digerakkan dengan kuisan kaki SAW. Subahanallah. Ini memang terdapat dalam hadis baginda Rasulullah SAW mengenai larangan untuk tidur secara meniarap. Sepertimana riwayat daripada Ya'ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari R.A bahawa pada suatu hari ketika beliau  sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan menggunaka

DRAMA MENANTI FEBRUARI CETUS KEKELIRUAN PENONTON

Image
Drama episod MENANTI FEBRUARI yang ditayangkan di TV3 berjaya menambat hati penonton hingga ke episod terakhir. Namun dalam pada masa yang sama wujud kekeliruan di kalangan penonton yang mula sedar berlakunya khilaf tentang hal-hal perkahwinan di dalam Islam yang bertentangan dengan enakmen, akta dan seksyen tentang hal fasakh dalam aturcara Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan). Wujud pertikaman mulut antara penonton di media-media sosial yang akhirnya keadaan lebih menjadi kronik kerana perkara ini seharusnya dipertanggungjawabkan kepada pihak Media Prima untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku atau lebih tepat lagi memohon maaf. Namun tiada apa-apa bicara secara rasmi daripada Sri Pentas yang akhirnya isu hal-hal agama Islam dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Bagi yang berpengetahuan tetap meletakkan hal ini sebagai satu kesalahan yang wajib diperbetulkan semula. Mengikut Undang-Undang Syariah di Malaysia, Seksyen 806, Akta Keterangan

NASIB PEKERJA KILANG WARGA TEMPATAN TIDAK TERBELA

Image
Kenyataan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan seketika dahulu berasas dan terlihat keinginan kerajaan negeri tersebut mengekang kemasukkan beramai-ramai pekerja asing ke negeri terbabit. Tetapi dalam sedar tak sedar kawasan perindustrian di sekitar Nilai dipenuhi warga asing yang lebih ramai daripada penduduk tempatan. Bercakap tidak serupa bikin barangkali . Namun rakyat lebih mengetahui dengan pelbagai masalah yang dihadapi sebelum ini di kawasan terbabit seketika dahulu. Setiap masa belia tempatan mencari peluang pekerjaan di seluruh negara kh ususnya dalam sektor perindustrian kerana sektor ini menawa rkan pelbagai insentif yang menarik terutamanya gaji dan sebagainya. Namun ada sesuatu yang tidak baik berlaku dalam sektor ini khususnya kepada pe main industri ini daripada kalangan jutawan mahupun usahawan tempatan. Saya menyelusuri sendiri dalam sektor ini untuk mencari kenyataan dan realiti yang sebenar-benarnya di hadapi oleh warga tempatan kh ususnya belia serta l