Posts

Showing posts from April, 2017

NASIB PEKERJA KILANG WARGA TEMPATAN TIDAK TERBELA

Image
Kenyataan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan seketika dahulu berasas dan terlihat keinginan kerajaan negeri tersebut mengekang kemasukkan beramai-ramai pekerja asing ke negeri terbabit. Tetapi dalam sedar tak sedar kawasan perindustrian di sekitar Nilai dipenuhi warga asing yang lebih ramai daripada penduduk tempatan. Bercakap tidak serupa bikin barangkali . Namun rakyat lebih mengetahui dengan pelbagai masalah yang dihadapi sebelum ini di kawasan terbabit seketika dahulu. Setiap masa belia tempatan mencari peluang pekerjaan di seluruh negara kh ususnya dalam sektor perindustrian kerana sektor ini menawa rkan pelbagai insentif yang menarik terutamanya gaji dan sebagainya. Namun ada sesuatu yang tidak baik berlaku dalam sektor ini khususnya kepada pe main industri ini daripada kalangan jutawan mahupun usahawan tempatan. Saya menyelusuri sendiri dalam sektor ini untuk mencari kenyataan dan realiti yang sebenar-benarnya di hadapi oleh warga tempatan kh ususnya belia serta l

PERISTIWA SERAM DI JALAN KUALA KRAI-GUA MUSANG

Image
Jalan Kuala Krai - Gua Musang adalah laluan 'favourite' saya apabila pulang ke kampung halaman saya yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. Sewaktu saya menetap di Kuala Lumpur di antara tahun 1993 - 2015 sememangnya saya gemar membuat perjalanan pulang ke Kelantan pada waktu disebelah siangnya. Bermakna saya keluar seawal pagi dari kediaman saya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur membelah banjaran Titiwangsa menuju ke kampung halaman tercinta. Kembali semula pada kisah seram yang ingin saya kongsikan di sini ialah tentang hantu pontianak yang mengganggu saya serta keluarga sewaktu pulang ke Kuala Lumpur selepas cuti tahunan saya tamat. Entah bagaimana saya mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur pada jam 11:30 malam dari bandar Kota Bahru mengambil laluan Kota Bharu - Kuala Krai dan seterusnya menuju ke Gua Musang. Sewaktu itu saya memandu kereta Proton Waja dan keadaan waktu sekitar itu masih terang benderang tanpa ada gangguan cuaca baik kabus mahupun