Posts

Showing posts from August, 2016

CARILAH AL-QURAN DAN SOLAT JIKA JIWA KESEMPITAN..

Image
Terlalu lama saya tidak membelek buku-buku karya almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Orang yang membetulkan kehidupan saya daripada hanyut dengan dunia di awal tahun 1992 sewaktu almarhum datang ke daerah Kuala Krai, Kelantan. Kesinambungan itulah membawa saya kepada almarhum pada bibit-bibit pertemuan pengajian tidak secara formal bersama beliau yang saya rindui. Almarhum pernah berkata kepada saya; "Buat kerja dengan iman. Panduan itu pada al-Quran dan hadis. Jangan bawa orang ke lembah maksiat dengan penulisan kita." Dipermudahkan untuk saya hadir di waktu pengebumian almarhum di Pulau Melaka di waktu saya keputusan duit. Tetapi ALLAH SWT itu Maha Kaya. Dialah yang mempermudahkan perjalanan saya menaiki pesawat hingga dapat bertemu al-marhum di muka liang lahad. Besarnya kurniaan ALLAH SWT kepada saya. Hari-hari menulis kadang-kadang saya khilaf dalam perjalanan yang sepatutnya berada di landasan untuk mendapat keberkatan ALLAH SWT yang akan menge

KEMBALI KEPADA NUKILAN DI KERTAS...

Image
Hujung tahun 2016 saya memperlahankan rentak saya di dalam bidang penulisan skrip drama TV bagi pembuka tirai 2017. Kembali kepada asal saya sebagai seorang penulis cerpen untuk beberapa majalah serta akhbar pelbagai genre. Walau bagaimanapun kertas kerja bagi penulisan skrip akan diteruskan oleh co-writer saya apabila ada kelulusan daripada stesen TV atau ada permintaan daripada penerbit drama. Ada beberapa naskah kertas kerja telemovie dan drama telah saya berikan kepada pihak produksi yang biasa bekerja dengan saya. Jiwa saya mudah bekerja dengan orang yang faham serta menghormati apa itu karya asal seorang penulis. Namun saya tidak boleh mendabik dada. Perlu ada jati diri untuk memperbaiki kelemahan sendiri dan terus menuntut sebanyak mana ilmu. Saya tidak pernah merasakan saya ini bagus! Alhamdulillah, ALLAH SWT masih memberikan kudrat untuk saya menulis mungkin bukan dalam medium visual di kaca TV pada 2017. Saya mahu menghabiskan mana-mana yang tertinggal di dal